Murninya kasihmu menyejukkan hatiku
di kalbu hanya wajahmu selalu
kerana kasihmu telah aku miliki
moga kasih kita kekal kasih sejati
Damai rasa dihati ini
bila wajahmu mengukir senyum
tiada ragu di hati ini
kerana ku percaya kasihmu hanya padaku
Seperti pertemuan kita yang dahulu
di saat jiwa mula bersatu
dua jiwa yang baru bertemu
kitalah irama dan lagu
Kian bertambah kasih kita
semakin itulah ku rasakan semakin bahagia
restu yang Esa menjalin mesra
kasih kita pengikat segala
sehingga kini...bahagia masih milik kita
kasih kita kekal selama-lamanya
kerana kasih tersemadi dlm dua jiwa
dan cintaku padamu tidak sia-sia
~ 1.45 am..5 Mac 2006 ~