Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 19 February 2012

kata ku..

Adakala aku tidak mampu menzahirkan rasa...sering keliru antara marah dan rindu, sayang dan cemburu lalu dari aku terus sakiti mu, aku cuma diam membisu.
Bukan kerana aku jemu tapi aku terlalu menyayangimu !
Tiap kali bila aku berada di pantai itu merenung jauh ke kaki langit, bayu yang membelai pipi dan rambutku, ku rasakan seperti jari jemarimu...suara ombak bergetar sperti suara mu yang sering menyebut alunan rindu.
Tempias deburan ombak yg memercik ke wajahku adalah airmata ku di kala rindu..
Engkau adalah ombak itu tak pernah putus mengejar ke pantai...dan pantai itu adalah diriku yang setia menantimu... ~ Pulau Pangkor 15 May 2004 ~