Utk kali kedua ini...aku menjadi terlalu curiga...terlalu berfikiran negatif. Jgn salahkan aku andaikata syg mungkin marah dgn statement aku ini tp pengalaman menjadi aku takut !
Takut andaikata pengalaman berulang lagi...andaikata itu terjadi berterus teranglah seawalnya. AKu tidak mahu berduka lg..bertahun aku menderita dan aku tak mahu derita itu menjengah lagi.
Biarpun kekecewaan itu pengalaman yg amat pahit dlm hidup , aku akan cuba mengapai cinta kita setinggi mana pun ia kerana bagi aku hadirmu hadiah yg tak ternilai buat aku..
" seandainya telah Kau catatkan dia milikku..
tercipta untuk diriku...
titipkanlah kebahagiaan.
Ku mohon apa yang Kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana hanya Engkau saja
yang tahu segalanya
isi hatinya.."