Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 27 January 2012

Jangan...aku tak mahu



Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis buatku, 

kerana aku takut akan terlalu menyayangimu....biarpun aku 

mmg terlalu menyayangimu

Jangan mengambil berat tentang diriku, kerana aku 

bimbang akan terlalu berpaut pada dirimu....biarpun aku mmg 

tak mampu jauh darimu

Jangan terlalu baik padaku, kerana aku takut akan terlalu 

percaya padamu....biarpun aku mmg mempercayaimu walaupun andaikata 

kau masih membohongiku

Jangan memberikan aku kenangan atau harapan, kerana 

aku khuatir akan terlalu mencintaimu....biarpun aku mmg amat

mencintai kamu

Jangan menghargai pertemuan kita, kerana aku tidak mahu

menderita andai tiba saat aku akan kehilangan dirimu.... 

biarpun aku harus redha andai saat itu tiba namun aku tak mungkin akan mampu 

menanggung derita kehilanganmu sepanjang hayat aku kerana kehilanganmu umpama

separuh jiwaku telah pergi...