Ntah knp tetiba bila aku terdengar lagu ini td, aku teringat kembali segalanya. Segala yg pahit...pedih...yg telah merubah segala2nya dlm hidup aku. Menjelma pelbagai kenangan di masa lalu..peristiwa lama mengusik di ingatan ku. Namun itulah kenangan yg tak kn mudah menghilang...terlalu pahit kenangan itu. Kau minta aku kembali...? Setelah apa yg kau buat pd aku, kau nak aku kembali? Tak mungkin...saat itu telah tertutup segala2nya buat kau. Kau alpa dlm hidup...aku yg telan semuanya. Satu persatu kesilapan kau lakukan tp aku sekadar pejamkan mata. Hingga la ke saat aku sudah tk mampu...semuanya tentang kau sudah mati dlm hidup aku.
Kehadiran dia merubah segalanya...membenamkan segala kepedihan. Hadir dirinya saat luka yg kau tinggalkan msih berdarah. Biarpun pada mulanya hanya sebagai "teman" penghibur jiwa yg kosong namun dia mampu merubah segalanya hingga aku merasakan aku tak mampu jauh dari nya. Sehari tanpa suara...tanpa titipan sms umpama tak lengkap hari2 yg aku lalui. Rindu tetiba datang tanpa diduga...sayang tetiba terbit tanpa disangka. Bodohnya aku ketika itu. Bodoh kerana membiarkan diri terjebak dlm hubungan ini biarpun aku sudah tawar melalui semuanya sekali lagi. Ungkapan sayang...ungkapan rindu yg sering dia lafazkan saban hari sukar utk aku percaya. Yelah kedudukan kami yg beratus batu...berjumpa di alam maya....bertemu tanpa wajah hanya suara yg berbicara. Perlukah aku percaya sedangkan depan mata lagikan melukakan inikan pula yg jauh dr mata. Tetapi tarikannya terlalu kuat utk aku menolak akan kehadirannya. Pada mak aku lontarkan segala persoalan, perlukah aku menerima dia dlm hidup aku. Mak hanya berkata " sudah sampai masanya kau fikirkan tentang diri kau. Mungkin ada hikmahnya Allah temukan kau dgn dia saat mcm nie". Saat itu aku sedari bahwa aku mulai menyayangi nya lebih dr teman. Kerana saat itu aku sedari aku tak mampu hidup tanpa dia disisiku.
6 Sept 2004...pertemuan pertama di SG. Pertama kali bertemu hati ini semakin sayang padanya. Segala2 tentang dia...begitu menyenangkan. Pantai East Coast saksi segalanya. Tempat pertama kami kunjungi utk kenal lebih dlm. Gerimis yg hadir saat itu seolah menyambut kedatangan kami. Tanpa aku sedari, tangan nya menggapai tanganku dan menggenggamnya erat tika kami menyusuri pantai itu. Bahagia nya aku saat itu. Aku lupa sejenak kesedihan aku yg masih bersarang. Cukup aku katakan aku sgt bahagia. Harapan aku cuma biarlah ini yg terakhir hadir. Jika ini gagal, aku takkan mengulanginya lagi.
9 Sept 2004....pertemuan terakhir krn aku perlu berangkat pulang. Station keretapi Tanjung Pagar menyaksikan perpisahan sementara ini. Andaikata akan ada pertemuan lagi namun jika ini pertemuan yg terakhir antara kami, aku redha kerana biarpun hadir nya sekejap namun cukup merawat hati yg sepi. Cukup masa utk aku pergi, longlai rasanya kaki ini melangkah. Ku tahan airmata yg jatuh. Ciuman terakhir darinya sblum aku berangkat membuatkan airmataku jatuh jua. Aku mula merasai keikhlasannya bukan main2. JIka benar telahanku, alhamdulillah. Saat aku berjalan menuju ke train, aku berhenti utk melihatnya buat kali terakhir (biarpun di hati aku tdak mengharapkan itu terjadi). Ingin rasa nya aku berlari kepadanya dan memeluknya lagi kerana aku TAK sanggup berpisah !!! Andai ada jodoh kita bertemu lg..sayang :(
Sepanjang perjalanan, airmata aku tk berhenti mengalir. Aku tak tahu knp tp yg pasti aku terlalu merindu dia. Bila aku menerima msg dr nya..
"Syg...abg dah rasa kesunyian tanpa mu di cc...Really gonna miss u dear. Luv u so much & i'll will always remember U & the time we're 2gether. Luv U my dear..."
"Syg...jgn lupakan abg pls k...terasa dah kesepian ku tanpamu di cc..."
Aku yakin inilah cintaku yg terakhir ..InsyaAllah